Orang sedang view blog Lovely

Followers

Thursday, February 17, 2011

LOVE Fish (Jart Junior Dan DemiLove)

Salam..


Introduction


Arini lovely leenda nak cerita pasal ikan...banyak2 animal kat dunia ni, 
lovely leenda paling suka ikan..Kalau diberi pilihan untuk membela animal, lovely leenda memang akan pilih untuk bela ikan...senang nak jaga...campak dlm air..tinggal bagi mkn jek..tak payah nak mandikan coz ikan ari2 mandi...hihi..lovely leenda juga suka bagai nak rak makan ikan...alamak mcm mane plak tu ek..da suka bela ikan, pastu suka mkn ikan..hihi


Seperti semua org sedia maklum, kat dlm blog lovely leenda ( bhgn atas belah kanan) ada 2 ekor ikan peliharaan. Satu kaler biru. Satu lagi kaler kuning. Rajin2 la u all bagi makan ok..Just click shj dlm kotak tu utk bagi makan. Biar ikan ni cepat beranak pinak...




Ha...inilah ikan biru dan kuning tu...
Kacak kan mereka berdua




Ok, meh leenda lovely nak perkenalkan ikan ni seorg demi seorg...Yang kaler biru tu namanya Jart Junior. Nama Jart Junior diberi oleh tuan empunya ikan ni..Nape? tak caya ke? Iyer...ikan ni dah ada pemiliknya..Lovely leenda tlg belakan jerk..Nak tahu ke tuan empunya ikan biru? Jeng..Jeng....Jeng...



Ha...inilah tuan empunya Jart Junior (Blue Fish)
Dia ni pemalu sket..tu pasal tunduk jek
Ape? nak tgk full pic dia?
Okla2..





Ha....ni full pic dia...amacam? ada gaya pemburu ikan tak?
Apa? pic ni Ganas sgt?
Okla2..jap eh


Ha....baru ada gaya pembela ikan sejati...
Inilah pemilik Jart Junior..
Namanya Aisha..


Ok, merujuk kepada Cik Aisha, nama Jart Junior mempunyai maksud dan memori yang tersirat..Memory lama yang sweet sgt..tapi sekarang mungkin dah jadi masin...hihi..Lovely leenda tak bole nak cerita maksud tersirat tu kat sini..kang lari topik plak...Apa yang lovely leenda bole simpulkan, its all about a loveliness~


Ok, sekarang lovely leenda nak ceritakan kisah ikan kuning plak...Sorry lagi sekali, ikan kuning juga sudah ada pemiliknya....Ikan kuning diberi nama Demilove oleh tuannya..
Mesti u all nak tau sape pemiliknya kan?? Jeng..jeng..jeng..


Ha...inilah tuan empunya Demilove (Yellow fish)
Nama pemilik Demilove yang
cute ni Zarith Sofiah


MEnurut Cik Zarith, Demilove juga mempunyai maksud yang tersirat. Rasenya tak cukup page kalau nak ceritakan maksud tersirat tersebut. Terlalu panjang bak rambut rapunzel...hihi..Apa yang lovely leenda bole kongsikan, definitely its all about a loveliness~


Okla, rasenya dah cukup lovely leenda promote ikan2 lovely leenda..nanti kalau ada ikan baru yang beranak, sila book cepat2 k...beri nama sekali..nnti lovely leenda tlg belakan dan promote skali ...hihi

Last but not least, jgn buat2 lupa plak nk dgr ceramah dari Doktor Lurve kat bwh ni..kang majuk plak dia...


Doktor Lurve say:

Nmpaknya kali ni lovely leenda cintakan ikan pulak..Bagi pandangan Doktor Lurve, memang bagus kalau kita mempunyai hobi utk membela ikan..Bela ikan ni bole dijadikan terapi minda especially di kala stress atau penat bekerja..

Memelihara binatang dalam sangkar seperti burung, ikan dan sebagainya dibolehkan dalam Islam. 

Walaupun begitu, ada juga adab-adab yang perlu dijaga... Kalau nak bela burung/ikan, usahakan tempat tinggal yang seselesa mungkin untuk mereka.

Dari segi pemeliharaan dalam sangkar / akuarium, kejadian binatang yang indah dijadikan Allah itu supaya memberi aayaat atau pengajaran kepada manusia untuk mengingatiNya. Jadi boleh digunakan oleh orang yang memelihara itu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.

Melihat ikan yang cantik berenang-renang dalam akuarium misalnya, boleh membawa ketenangan dan penghayatan kepada kuasa Allah swt mencipta makhluk yang begitu indah. Begitu juga kejadian burung dapat diperhati cara close-up, nyanyiannya yang merdu (berzikir kepada Penciptanya, kita pun perlu ikut berzikir sama!), perlakuannya (teringat cerita burung dlm qabil dan habil dalam Quran) dsbgnya. 

Tengok burung dapat hidayah, tengok ikan dapat hidayah, tengok hamster dapat hidayah, lebih rajin beribadat, lebih yakin dengan kuasa Allah, lebih teguh iman, lebih rajin solat, lebih rajin baca, hayati dan amal Al Quran, lebih indah budi pekerti,  itulah yang sepatutnya.

Janganlah kerana asyik dengan burung dan ikan. solat pun sanggup tinggal. Itu dah jatuh hukum HARAM.

Wallahua'lam




















  

4 comments:

  1. Sungguh seronok membaca artikel Lovely Leenda ni...bunyi macam kelakar tapi...hujung2 nya ada unsur2 "Ketuhanan"...

    Sampah DiLautan PG.

    ReplyDelete
  2. salam pkenalan.. dah follow.. jom follow sy jgak.. datang dr blog abg ben :) maceh..

    ReplyDelete
  3. Sampah di lautan PG...i know who u are...hihi..unsur ketuhanan mesti ada..itu objektif saya and u one of the person who inspired me..:-)

    ReplyDelete
  4. rizaros..i am following u..thanks to abg ben

    ReplyDelete